Friday, August 25, 2017

KLEZCAR KERETA SEWA PASIR MAS, KELANTAN. SYARIKAT KERETA SEWA TERBAIK DI SINI!


ANDA MENCARI KERETA SEWA TERBAIK DI PASIR MAS
YANG MURAH, BERSIH & SELESA?

Sila Hubungi Kami Sekarang Untuk Tempahan!!

Direct Number : 019-7453555 
(Call/Sms/Whatsapp)

AWAS! PASTIKAN ANDA MENDAPAT KERETA SEWA YANG SEPADAN DENGAN NILAI WANG YANG ANDA BAYAR.

Kami dari Cawangan Klezcar Kereta Sewa Pasir Mas, Kelantan adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri terbesar di Malaysia. Kami amat mementingkan agar pelanggan kami mendapat kereta sewa yang bersih, selesa dan diselenggara dengan baik. Kami mempunyai kereta sewa Myvi, Axia, Saga dan Mpv Alza.

Di Pasir Mas, Kelantan pejabat cawangan operasi kereta sewa kami terletak di PT 317 B, Wisma KODMAS, Kg. Dangar, 17000 Pasir Mas, Kelantan, Malaysia



Lokasi ke pejabat Kereta Sewa KLezcar Pasir Mas, Kelantan:
  • Pejabat terletak di lot kedai Wisma KODMAS, Kg, Dangar, 
  • 2km dari Pusat Bandar Pasir Mas
  • 3km dari Pos Laju Pasir Mas
  • 7km dari Hospital Pasir Mas

Tempah Kereta Sewa Anda sekarang!

Hubungi kami —» 1-300-88-4040
Hubungi kami —» www.klezcar.com
Hubungi kami —» 019-7453555

Fleet Yang Sedia Untuk Disewa:

========
KOMPAK
========


PERODUA AXIA 1.0 (AT)
RM120/hari
RM650/minggu
RM1800/bulan


PERODUA MYVI  1.3 (AT)
RM130/hari
RM700/minggu
RM1900/bulan


======
SEDAN
======

PROTON SAGA FLX 1.3 (AT)
RM130/hari
RM700/minggu
RM1900/bulan


====
MPV
====

PERODUA ALZA  1.5 (AT) 
RM180/hari
RM1050/minggu
RM2900/bulan


DISKAUN 10%!!! 

UNTUK KERETA PERODUA  MYVI, PERODUA AXIA & PERODUA ALZA

CARA UNTUK CLAIM DISKAUN??
  1. Call Nombor 019-7453555 (Direct Line Klezcar Pasir Mas)
  2. Berikan tarikh sewaan dan pilihan kereta
  3. Beritahu Crew Klezcar Pasir Mas anda dapat no telefon Klezcar Klezcar Pasir Mas dari Google/Blog Kereta Sewa Pasir Mas
  4. Berikan Kod Diskaun - (jimat10peratuspasirmas) kepada staf syarikat Klezcar Pasir Mas
  5. Terima Harga Diskaun Dan Teruskan Dengan Tempahan
  6. Tamat.



CALL NOW !!  

1 300 88 4040 (Hotline 24 jam)

 019-7453555 (Direct Call/Whatsapp/Sms)


Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan mendapatkan penerangan yang lebih jelas daripada pihak kami bagi perkhidmatan dan tawaran yang diberikan.




Monday, June 5, 2017

PROMO 1 Hari Percuma Ramadhan '17

- Salam 10 Ramadhan -

Salam 10 Ramadhan buat semua pembaca di luar sana. Ramadhan sudah 1/3 meninggalkan kita, adakah kita masih terleka dengan kenikmatan dunia? Mari sama-sama tingkatkan amal ibadah kerana belum tentu lagi kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.

Maka, bersempena bulan mulia ini juga, Klezcar dengan suka citanya ingin memberikan sewa secara percuma kepada pelanggan yang tersayang. Hanya dengan sewaan minimum 2 hari, anda sudah layak mendapat percuma sewaan sebanyak 1 hari. 



Masya Allah seronok bukan? Jadi, jangan tunggu lama-lama kerana promosi ini sah hanyalah sehingga 20 Jun 2017. 


Jom menyewa bersama Klezcar. Tempah Sekarang !


Cars For Everyone, Anytime & Anywhere


Kereta Sewa Pasir Mas 
>>>019-745 3555<<<


Info lanjut: 
www.klezcar.com | 1300-88-4040


Tuesday, May 9, 2017

Tips Bagi Membantu Penjagaan Kereta Milik Anda



Assalammualaikum dan Selamat Tengahari,


Telah ramai yang mula rasa menyesal tidak menjaga kereta dengan baik. Sekali rosak, makan kos yang tinggi untuk diperbaiki, malahan ramai juga pemilik kereta yang mula stress akibat kekurangan duit setelah dihabiskan bagi membaiki kerosakan-kerosakan yang tidak sepatutnya ditanggung sekiranya kereta dijaga dengan baik. Mari baca tips yang kami kongsikan bagi membantu penjagaan kereta milik anda supaya sentiasa dalam keadaan yang terbaik.


SISTEM PENYEJUK. Radiator atau penyejuk enjin perlu diperiksa supaya berada pada tahap yang betul dan dapat berfungsi dengan cekap. Tahap penyejuk yang tidak betul atau kebocoran boleh berlaku jika hos getah atau komponen penyejukan anda sudah tua atau lemah, jadi pastikan pemeriksaan sistem penyejuk ini dilakukan.


PENYINGKIRAN CECAIR. Cecair di dalam kenderaan adalah seperti darah dan air dalam badan kita. Jika kekurangan atau sudah tercemar, kereta anda akan menjadi sangat sakit! Dari masa ke semasa cecair brek, cecair stereng kuasa, cecair transmisi, dan bahan api akan mula menjadi kotor kerana telah membawa bersama getah, plastik dan bahagian-bahagian lain yang sudah terhakis dari dalam sistem itu. Jika keadaan ini dibiarkan ia akan menyebabkan kerosakan yang sukar untuk dibaiki. Malangnya, sebahagian besar pengguna kereta selalu mengabaikan penyingkiran cecair secara berkala ini.


TAYAR. Satu-satunya perkara yang menghubungkan kenderaan anda dengan jalan raya adalah tayar anda. Ia membawa beban besar setiap kali anda dalam perjalanan. Pastikan anda memeriksa tekanan tayar anda secara teratur dan menjaga mereka agar dalam PSI yang sewajarnya. Jika anda ragu-ragu berapa banyak angin yang tayar kereta anda perlukan, anda bolehlah periksa pada bahagian pintu kereta anda dan merujuk kepada PSI yang disyorkan untuk kenderaan tersebut. 


PEMERIKSAAN PENGHAWA DINGIN.  Pastinya anda tidak mahu terperangkap dalam lalu lintas tanpa penghawa dingin kan? Pemeriksaan di bengkel adalah penting kerana ada situasi di mana pemilik kereta yang ingin menjimat kos dengan mengisi semula penyejuk penghawa dingin ini sendiri dan seringkali ianya menjadi berlebihan kepada sistem. Perkara ini merosakkan pemampat dan seterusnya lebih banyak wang akan diperlukan bagi proses pembaikan. .


Akhir sekali, jangan takut untuk meminta pendapat rakan-rakan dan keluarga ataupun melihat review di internet terlebih dahulu sebelum memilih kedai membaiki kereta yang terbaik dan tidak menipu pelanggannya serta mekanik yang disahkan. Kereta anda adalah pelaburan yang besar serta merupakan liabiliti untuk anda. Penyelenggaraan kenderaan yang betul sangat penting supaya tidak berlaku banyak pembaziran terhadapnya.


Sumber : Good Car Care Tips



Kereta Sewa Pasir Mas 
019-745 3555


Tempahan | www.klezcar.com | 1300-88-4040 

Monday, April 10, 2017

5 Tips Untuk Meletakkan Anak Anda Di Dalam CarSeat

Selamat Petang !

Penting untuk kita melatih anak-anak sejak dari awal untuk biasa duduk di dalam carseat semasa di dalam kereta. Berikut adalah 5 tips berkenaan bagaimana untuk meletakkan anak anda di dalam carseat: 

1. Cari carseat yang sesuai
Carseat yang digunakan mestilah sesuai dengan bayi / anak anda. Untuk bayi yang baru lahir, car seat yang sesuai adalah jenis 'carrier' dan bagi kanak-kanak yang lebih besar pula, ianya dipanggil 'booster'.

2. Pastikan cara pasang carseat yang betul
Pastikan car seat telah dipasang dengan betul. Bagi bayi yang kurang daripada umur setahun kedudukan carseat mestilah 'rear facing' dan apabila sudah berumur lebih setahun barulah kedudukan carseat boleh dalam keadaan 'forward facing'.

3. Letakkan Carseat Di Tempat Duduk Belakang
Menjadi kesalahan jika anda anda letakkan anak anda di tempat duduk hadapan walaupun dia berada di dalam carseat. Impak sekiranya berlaku kemalangan adalah lebih besar di tempat duduk hadapan dan kemungkinan untuk terpelanting keluar adalah lebih tinggi berbanding jika diletakkan di tempat duduk belakang.

4. Pastikan Anak Anda Dalam Keadaan Selesa
Sebelum meletakkan anak anda di dalam carseat, pastikan anak anda kenyang dan lampinnya kering. 
Jika tidak dia mungkin akan tidak selesa dan tidak mahu untuk duduk diam di dalam carseat dan akan terus mengganggu kita sepanjang perjalanan. Hal ini akan lebih bahaya lebih lebih lagi jika anda memandu bersendirian bersama anak anda.

5. Sediakan Mainan Yang Bersesuaian
Anda boleh letakkan beberapa permainan atau gantungkan ia di carseat agar anak anda dapat bermain supaya dia duduk diam di dalam car seat tersebut.

Terima kasih. Semoga Tips Dari Kami Ini Bermanfaat Untuk Anda.

***

Untuk tempahan kereta sewa di Kelantan:

Kereta Sewa Pasir MaS
019 745 3555

Tempahan www.klezcar.com | 1300-88 4040 (24 jam)

Monday, April 3, 2017

Cara Terbaik Untuk Jimatkan Minyak Kereta Anda

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Harga minyak petrol sekejap turun, sekejap naik. Pening kan??
Tapi jika anda pandai berjimat, perubahan-perubahan ini tidak akan lagi memberi kesan yang drastik kepada anda.

Untuk kehidupan sekarang, sememangnya penggunaan kereta telah menjadi satu keperluan. Walaupun harga minyak petrol naik, kita masih perlukan ia dan masih perlu untuk membayar kos tersebut. Jadi, penting untuk anda tahu cara untuk menjimatkan penggunaan minyak supaya anda dapat jimatkan kos tersebut.

Jadi, Macam Mana Caranya Nak Jimatkan Penggunaan Minyak?
Mungkin ramai yang sudah tahu tapi kali ini kami ingin berkongsi sekali lagi pada mereka yang masih lagi belum tahu...sebab Semua Orang Perlu Tahu!!

Cara Terbaik Untuk Jimatkan Minyak Kereta adalah :
1~ Pandu kenderaan dengan kelajuan sederhana.
    Kelajuan yang dicadangkan adalah di antara 70 – 90 km/j.
2~ Pastikan juga anda memandu dengan kelajuan tersebut secara konsisten

Kenapa?
Semakin laju anda memandu, Semakin bertambah penggunaan minyak. 
Tetapi perlu diingatkan, memandu dengan terlalu perlahan juga akan membebankan 
kenderaan anda dan akan menyebabkan penggunaan minyak yang banyak juga.

Anda nak berjimat kan? Kalau nak jimat jom ikut pesanan kami, pandulah kenderaan anda di antara 70 – 90 km/j secara konsisten. Pastikan anda berada di lorong yang betul ya! Jangan pula pandu 90 km/j di lorong kanan, nanti kene hon :) 

Selamat Berjimat ! 




Kereta Sewa Pasir Mas - Klezcar
019-745 3555 



Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 Jam)




Tuesday, March 21, 2017

Jangan Hidupkan Enjin Kereta Anda !


Assalamualaikum dan Selamat Petang,







Jangan Hidupkan Enjin Kereta Anda! Kenapa jangan?








TIPS KETIKA BANJIR ; Sekiranya kereta anda ditenggelami banjir, janganlah sesekali hidupkan enjin kereta anda serta merta.

Ya.. bagi mereka yang tidak tahu tentang perkara ini, pastinya akan berasa sangat gembira, kononnya kereta yang ditenggelami air itu masih dapat dihidupkan dan digunakan. TETAPI, malangnya kegembiraan itu mungkin hanya untuk sesaat. :( 

Sekiranya enjin dihidupkan, ia mungkin akan membawa kerosakan yang lebih teruk di mana air boleh memasuki bahagian dalam enjin kereta dan mungkin akan bercampur dengan minyak. Ia juga boleh mengakibatkan kenderaan anda mengalami litar pitas terutamanya apabila melibatkan sistem elektronik enjin.


Jadi marilah kongsikan tips ini supaya semua orang tahu dan dapat menyelamatkan mereka dari membelanjakan kos yang sangat tinggi padahal kos sebenar bagi kenderaan yang terlibat dengan banjir tidak seharusnya setinggi itu.

Setelah banjir surut, kereta yang terkena banjir terutama yang bahagian enjinnya ditenggelami air, hendaklah dicabut dulu baterinya. Kemudian, hubungilah bengkel yang anda percayai untuk menarik kenderaan anda ke bengkel. 

Di bengkel, minta mereka untuk periksa palam pencucuh kereta, minyak enjin kereta, minyak petrol dan minyak kotak gear. Pastikan ianya tidak bercampur air. Untuk mengelakkan risiko, tukar kesemua minyak-minyak tersebut kepada yang baru. Itu lebih baik dari kerosakan berterusan di masa yang akan datang

Setelah selesai semuanya, mesti anda nak cuci kereta anda kan? Bersihkan juga bahagian enjin kenderaan. Elakkan hos menghala ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki karburator atau tangki minyak pelincir. Jangan lupa untuk membersihkan bahagian brek pada roda kereta agar segala kesan-kesan keladak tertanggal sepenuhnya.


Kini, barulah kereta anda dapat digunakan seperti biasa.


Sumber : Kebomedia


Kereta Sewa Pasir Mas

Untuk Tempahan Kereta Sewa:
Whatsapp/SMS | 019-7453555
Tempahan online | www.klezcar.com
Hotline 24 jam | 1300-88-4040


Thursday, March 2, 2017

Kuih akok, makanan kegemaran rakyat

Akok adalah antara kuih-muih tradisional yang terkenal di Kelantan. Jika terlepas peluang untuk mencuba kuih ini adalah amat rugi kerana kuih ini mempunyai rasanya yang tersendiri di mana telur menjadi salah satu bahan asas untuk membuatnya. 


Pendapat dari sudut pandangan penulis akok yang terbaik adalah akok yang diproses secara tradisional yang menggunakan arang dan sabut kelapa. ‘Seriously superb’!. Hidangan ini juga boleh dikongsi bersama yang tersayang atau jiran tetangga sebagai buah tangan jika anda melancong ke Kelantan.  ''Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.''




Antara tempat yang tersohor dengan juadah ini adalah di Pasir Mas lebih tepat lagi adalah Akok Risda di Jalan Pasir Mas- Rantau Panjang. Uniknya, jualan Akok tersohor di Pasir Mas ini hanyalah di jual pada bulan Ramadhan sahaja. Jualannya mencecah ribuan ringgit sehari dan memang sangat ramai orang beratur untuk membeli akok di sini.

Makanan ini juga diterbangkan ke Lembah Klang hampir setiap hari pada bulan Ramadhan kerana permintaan tinggi terhadapnya. Dianggarkan sebanyak 200 biji akok akan dibawa menaiki kapal terbang untuk dihantar kepada peniaga di sekitar Lembah Klang pada setiap hari di bulan Ramadhan.

Kereta sewa Pasir Mas
+6019 745 3555